Pages

Sunday 24 July 2011

PROGRAM JIWA MERDEKA 18 JULAI - 15 SEPTEMBER 2011

Pengenalan:
Sempena  sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54, SMK Seri Damai akan mengadakan program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.Program ini dinamakan Jiwa Merdeka di mana ia merangkumi Program Bulan Kemerdekaan, Kemanusiaan, Karnival PSS dan Minggu Bahasa. Gabungan beberapa program ini adalah untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di sekolah ini. Pelajar digalakkan menggunakan PSS sebaik mungkin untuk menanam sikap suka membaca. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh pelajar untuk memupuk dan menerapkan semangat cintakan negara disamping dapat memperkasakan bahasa dan budaya.

Matlamat :
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan kesyukuran dalam diri setiap pelajar sebagai warganegara Malaysia yang hidup dalam suasana aman harmoni dapat menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar berhubung dengan sejaah kemerdekaan Negara
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat
3. Mempupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
4. Menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan ilmu yang utama dan memperbanyakkan aktiviti di PSS
5. Melahirkan pelajar celik bahasa

Rasional :
Program ini diadakan bertujuan bagi melahirkan generasi yang menghargai dan menghayati erti kemerdekaan serta jadikan membaca sebagai amalan.

Sasaran :
Semua warga SMK Seri Damai

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program ini antaranya:
1. Kenali budaya 1 Malaysia
2. Pertandingan kad merdeka
3. Buku skrap
4. kuiz terbuka
5. dan banyak lagi...............................

Sila berjumpa dengan penyelaras aktiviti  untuk maklumat lanjut:

Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : En Yu Kong Hwo
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Pn Jarina bt Mahboob
Penyelaras Aktiviti Minggu Bahasa         : Pn Fatimah Suhaida bt Abd Rahman
Penyelaras Pendidikan Khas                   : Pn Che Zaini bt Yusuf     

PSS juga tidak ketinggalan membuat pelbagai pertandingan sempena Karnival ini seperti:
1. Pengunjung bertuah
2. Peminjam bertuah
3. Pembaca terbanyak
4. Kuiz bertema
6. Kuiz tokoh kemerdekaan
Hadiah menarik menanti anda!
Maklumat lanjut hubungi guru PSS Pn. Rusiani


 Gambar 


Ucapan daripada ketua bidang Pn Faridah bt Mohd Nor sempena Majlis Pelancaran
Program Jiwa Merdeka

Ucapan Perasmian daripada GPK 1 Pn Fariza bt Jamahir

Gimik di majlis pelancaran (Terima kasih En Mohammad Naharuddin di  atas idea dan usaha untuk menghasilkan gimik yg menarik)

Bangunan sekolah dihias dengan bendera  sempena program ini.





No comments:

Post a Comment