Program Ihya Ramadhan 29 julai- 26 ogos 2011
Anjuran : Unit Bina Insan & Panatia Pendidikan IslamMatlamat
Matlamat utama program ini ialah untuk mendidik pelajar dan warga sekolah agar menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan. Disamping dapat menjalin hubungan silaturrahim antara guru, pelajar dan semua warga SMKSD.Objektif
1.Mendekatkan diri kepada Allas s.w.t demgan beramal ibadah.2.Membina jati diri pelajar dengan Tazkiyatul Nafsi melalui puasa yang dilaksanakan.
3. Mengambil kesempatan untuk merebut pahala yang berlipat ganda.
4.Menambah ilmu melalui tazkirah yang disampaikan.
5.Melahirkan insan yang mampu menangkis segala budaya yang tidak baik.
Rasional
Ramai dalam kalangan pelajar yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t., sebahagian mereka tidak mahir membaca Al-Quran dan mempunyai mempunyai jati diri yang lemah menyebabkan mereka mudah tepengaruh dengan budaya yang melalaikan.Aktiviti sepanjang Ramadhan 2011
Di ambang Ramadhan:
29 jul Tazkirah ambang Ramadhan /kuiz/ Buletin1
1ogos Awal Ramadhan(Puasa) ,Tazkirah 1
Tadarus Al-Quran
5 ogos Solat Hajat/ Dhuha/Tazkirah
8 ogos Tazkirah
10 ogos Iftar Jamaie, solat Maghrib/Ishak dan Terawih
12 ogos Tazkirah Nuzul Al-quran, buletin 2
15 ogos Tazkirah 3
22 ogos Tazkirah 4,buletin 4
Di ambang Syawal
26 ogos Solat Dhuha/ Hajat, Majlis Khatam Al Quran,
Ceramah Merdeka Raya, Takbir raya,
Pembahagian infak fitri,dan salam jamaie
Petikan dari buletin Ramadhan 1
Adab- adab ketika berpuasa
-beberapa adab - adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:1. Jangan banyak berludah
2. Jgn membuang masa dengan berbual -bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah
3. menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara haram
4. menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram,
5. jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor
6. Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki berjalan ketempat -tempat maksiat
Kelebihan Bulan Ramadhan
1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hambanya yang tidak pernah lari dari kesilapan da dosa
2.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan amalan pada malam tersebut
3.Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran beserta maksudnya dibulan Ramadhan nanti.
4.Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga
5.Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan .Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. mohonlah keampunan Ilahindi bulan yang mulia ini
6. Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Tahukah anda!
BUlan Puasa dikenali sebagai bulan Ramadhan, (yang bermaksud panas) kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan DOSA"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosa-dosa yang lalu"
riwayat Bukhari dan MuslimGambar Tazkirah ambang Ramadhan
Tn Hj Md Sapuan bin Shuhadi sedang menyampaikan tazkirah |
Para pelajar dan guru sedang mendengar tazkirah |
PSS ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SMKSD yang disayangi!Semoga ibadah anda diberkati oleh Allah s.w.t. |
No comments:
Post a Comment