Pages

Friday 29 July 2011

Program ihya ramadhan 2011M/1432H

Program Ihya Ramadhan 29 julai- 26 ogos 2011
Anjuran : Unit Bina Insan & Panatia Pendidikan Islam

Matlamat
Matlamat utama program ini ialah untuk mendidik pelajar dan warga sekolah agar menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan. Disamping dapat menjalin hubungan silaturrahim antara guru, pelajar dan semua warga SMKSD.

Objektif
1.Mendekatkan diri kepada Allas s.w.t demgan beramal ibadah.
2.Membina jati diri pelajar dengan Tazkiyatul Nafsi melalui puasa yang dilaksanakan.
3. Mengambil kesempatan untuk merebut pahala yang berlipat ganda.
4.Menambah ilmu melalui tazkirah yang disampaikan.
5.Melahirkan insan yang mampu menangkis segala budaya yang tidak baik.

Rasional
Ramai dalam kalangan pelajar yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t., sebahagian mereka tidak mahir membaca Al-Quran dan mempunyai mempunyai jati diri yang lemah menyebabkan mereka mudah tepengaruh dengan budaya yang melalaikan.

Aktiviti sepanjang Ramadhan 2011

Di ambang Ramadhan:
29 jul           Tazkirah ambang Ramadhan /kuiz/ Buletin1
1ogos          Awal Ramadhan(Puasa) ,Tazkirah 1
                   Tadarus Al-Quran
5 ogos        Solat Hajat/ Dhuha/Tazkirah
8 ogos        Tazkirah
10 ogos      Iftar Jamaie, solat Maghrib/Ishak dan Terawih
12 ogos      Tazkirah Nuzul Al-quran, buletin 2
15 ogos      Tazkirah 3
22 ogos      Tazkirah 4,buletin 4

Di ambang Syawal
26 ogos      Solat Dhuha/ Hajat, Majlis Khatam Al Quran,
                  Ceramah Merdeka Raya, Takbir raya,
                  Pembahagian infak fitri,dan salam jamaie



Petikan dari buletin Ramadhan 1
Adab- adab ketika berpuasa
-beberapa adab - adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
1. Jangan banyak berludah            
2. Jgn membuang masa dengan berbual -bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah
3. menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara haram
4. menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram,
5. jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor
6. Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki berjalan ketempat -tempat maksiat
Kelebihan Bulan Ramadhan
1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hambanya yang tidak pernah lari dari kesilapan da dosa
2.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan amalan pada malam tersebut
3.Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran beserta maksudnya dibulan Ramadhan nanti.
4.Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga
5.Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan .Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. mohonlah keampunan Ilahindi bulan yang mulia ini
6. Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan  ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Tahukah anda!
BUlan Puasa dikenali sebagai bulan Ramadhan, (yang bermaksud panas) kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan DOSA

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosa-dosa yang lalu"
riwayat Bukhari dan Muslim

Gambar Tazkirah ambang Ramadhan
Tn Hj Md Sapuan bin Shuhadi  sedang menyampaikan tazkirah

Para pelajar  dan guru sedang mendengar tazkirah








PSS ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SMKSD  yang disayangi!Semoga ibadah anda diberkati  oleh Allah s.w.t.

Sunday 24 July 2011

PROGRAM JIWA MERDEKA 18 JULAI - 15 SEPTEMBER 2011

Pengenalan:
Sempena  sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54, SMK Seri Damai akan mengadakan program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.Program ini dinamakan Jiwa Merdeka di mana ia merangkumi Program Bulan Kemerdekaan, Kemanusiaan, Karnival PSS dan Minggu Bahasa. Gabungan beberapa program ini adalah untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di sekolah ini. Pelajar digalakkan menggunakan PSS sebaik mungkin untuk menanam sikap suka membaca. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh pelajar untuk memupuk dan menerapkan semangat cintakan negara disamping dapat memperkasakan bahasa dan budaya.

Matlamat :
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan kesyukuran dalam diri setiap pelajar sebagai warganegara Malaysia yang hidup dalam suasana aman harmoni dapat menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar berhubung dengan sejaah kemerdekaan Negara
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat
3. Mempupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
4. Menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan ilmu yang utama dan memperbanyakkan aktiviti di PSS
5. Melahirkan pelajar celik bahasa

Rasional :
Program ini diadakan bertujuan bagi melahirkan generasi yang menghargai dan menghayati erti kemerdekaan serta jadikan membaca sebagai amalan.

Sasaran :
Semua warga SMK Seri Damai

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program ini antaranya:
1. Kenali budaya 1 Malaysia
2. Pertandingan kad merdeka
3. Buku skrap
4. kuiz terbuka
5. dan banyak lagi...............................

Sila berjumpa dengan penyelaras aktiviti  untuk maklumat lanjut:

Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : En Yu Kong Hwo
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Pn Jarina bt Mahboob
Penyelaras Aktiviti Minggu Bahasa         : Pn Fatimah Suhaida bt Abd Rahman
Penyelaras Pendidikan Khas                   : Pn Che Zaini bt Yusuf     

PSS juga tidak ketinggalan membuat pelbagai pertandingan sempena Karnival ini seperti:
1. Pengunjung bertuah
2. Peminjam bertuah
3. Pembaca terbanyak
4. Kuiz bertema
6. Kuiz tokoh kemerdekaan
Hadiah menarik menanti anda!
Maklumat lanjut hubungi guru PSS Pn. Rusiani


 Gambar 


Ucapan daripada ketua bidang Pn Faridah bt Mohd Nor sempena Majlis Pelancaran
Program Jiwa Merdeka

Ucapan Perasmian daripada GPK 1 Pn Fariza bt Jamahir

Gimik di majlis pelancaran (Terima kasih En Mohammad Naharuddin di  atas idea dan usaha untuk menghasilkan gimik yg menarik)

Bangunan sekolah dihias dengan bendera  sempena program ini.





Saturday 23 July 2011

Arkib PSS

Selamat datang ke arkib PSS








Bahan-bahan yang disimpan di dalam arkib


Friday 22 July 2011

waktu operasi

                             WAKTU OPERASI
Hari : Isnin – Jumaat                               
 Masa : Isnin : 7.40 – 3.20
            Selasa & Khamis : 7.40 – 3.40
            Rabu : 7.40 – 3.00
            Jumaat : 7.40 – 1.00
Minggu Pertama cuti persekolahan
                                                  
 
                                                                                     

PSS SMK SRI DAMAI




                        Selamat datang ke Pusat Sumber SMK SRI Damai

Guru- Guru SMK Seri Damai 2011
Pengetua : Pn Maziah Bt Mohammed
GPK1: Pn Hj Fariza Bt Jamahir
GPK HEM: Tn Hj Abd Latif Bin Zainal
GPK KOKO: E. Zahari Bin Abd Majid

                               
                        
Pengawas Perpustakan 2011



 Guru Media :Pn Rusiani Manshor   Ketua Pengawas: Nur Deanna Shazlin bt Razali P/Ketua Pengawas : Nurul Afiqah bt Ramli



Kaunter depan PSS

pelajar sedang berurusan dikaunter




Ruang pameran


Para Pelajar sedang menggunakan kemudahan di PSS



Suasana dan kemudahan yang selesa untuk para pelajar mengulangkaji








Pengawas sedang bertugas

Para pengawas yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi