Tajuk Ladap : Penyelesaian Masalah Dalam pembelajaran Dan Pengajaran
Penceramah : En Saufie Abd Manaf dan Tn Syed Putra Syed Ali
(Pensyarah IAB Sri Layang)
Tempat : BTPN Pahang
Pengenalan
Tugas guru dalam bidang pendidikan terutama dalamk menyampaikan ilmu secara langsung dalam kelas semakin mencabar dan memerlukan kemahiran kebijaksanaan yang khusus. Oleh yang demikian program ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran profesionalisma guru terutama untuk menyelesaikan masaalah dalam Pembelajaran & Pengajaran dan seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar.
Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran guru dalam menangani masalah P&P dalam kelas.
2. Meningkatkan kredibiliti dan kualiti guru.
Klik-Klik
PsS SmK seRI DAmAI
Saturday, 10 September 2011
Friday, 9 September 2011
SELamAT tINGGaL sMK sERI dAMAI......
Pejam celik,,pejam celik,,,dah 4 bulan dan tugas kak Ain di library Smk Seri Damai pun dah selesai..
dah tiba masanye kak Ain meneruskan pengajian...
jadi kat cnie kat ain nak ucapkan bye-bye kat adik-adik
gud luck...aja-aja fighting
n
mntx maap klu ade salah n silap........
Wednesday, 7 September 2011
Buku baru Di PSS
Waktu pinjaman adalah pada waktu rehat dan waktu selepas sesi persekolahan sahaja
banyak lagi buku-buku baru yang menarik dapatkan segera di PSS
Friday, 29 July 2011
Program ihya ramadhan 2011M/1432H
Program Ihya Ramadhan 29 julai- 26 ogos 2011
Anjuran : Unit Bina Insan & Panatia Pendidikan IslamMatlamat
Matlamat utama program ini ialah untuk mendidik pelajar dan warga sekolah agar menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai amalan. Disamping dapat menjalin hubungan silaturrahim antara guru, pelajar dan semua warga SMKSD.Objektif
1.Mendekatkan diri kepada Allas s.w.t demgan beramal ibadah.2.Membina jati diri pelajar dengan Tazkiyatul Nafsi melalui puasa yang dilaksanakan.
3. Mengambil kesempatan untuk merebut pahala yang berlipat ganda.
4.Menambah ilmu melalui tazkirah yang disampaikan.
5.Melahirkan insan yang mampu menangkis segala budaya yang tidak baik.
Rasional
Ramai dalam kalangan pelajar yang tidak melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t., sebahagian mereka tidak mahir membaca Al-Quran dan mempunyai mempunyai jati diri yang lemah menyebabkan mereka mudah tepengaruh dengan budaya yang melalaikan.Aktiviti sepanjang Ramadhan 2011
Di ambang Ramadhan:
29 jul Tazkirah ambang Ramadhan /kuiz/ Buletin1
1ogos Awal Ramadhan(Puasa) ,Tazkirah 1
Tadarus Al-Quran
5 ogos Solat Hajat/ Dhuha/Tazkirah
8 ogos Tazkirah
10 ogos Iftar Jamaie, solat Maghrib/Ishak dan Terawih
12 ogos Tazkirah Nuzul Al-quran, buletin 2
15 ogos Tazkirah 3
22 ogos Tazkirah 4,buletin 4
Di ambang Syawal
26 ogos Solat Dhuha/ Hajat, Majlis Khatam Al Quran,
Ceramah Merdeka Raya, Takbir raya,
Pembahagian infak fitri,dan salam jamaie
Petikan dari buletin Ramadhan 1
Adab- adab ketika berpuasa
-beberapa adab - adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:1. Jangan banyak berludah
2. Jgn membuang masa dengan berbual -bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah
3. menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara haram
4. menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram,
5. jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor
6. Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki berjalan ketempat -tempat maksiat
Kelebihan Bulan Ramadhan
1. Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hambanya yang tidak pernah lari dari kesilapan da dosa
2.Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan amalan pada malam tersebut
3.Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan ayat-ayat suci al-Quran beserta maksudnya dibulan Ramadhan nanti.
4.Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga
5.Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan .Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. mohonlah keampunan Ilahindi bulan yang mulia ini
6. Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Tahukah anda!
BUlan Puasa dikenali sebagai bulan Ramadhan, (yang bermaksud panas) kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan DOSA"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosa-dosa yang lalu"
riwayat Bukhari dan MuslimGambar Tazkirah ambang Ramadhan
Tn Hj Md Sapuan bin Shuhadi sedang menyampaikan tazkirah |
Para pelajar dan guru sedang mendengar tazkirah |
PSS ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SMKSD yang disayangi!Semoga ibadah anda diberkati oleh Allah s.w.t. |
Sunday, 24 July 2011
PROGRAM JIWA MERDEKA 18 JULAI - 15 SEPTEMBER 2011
Pengenalan:
Sempena sambutan kemerdekaan Negara yang ke 54, SMK Seri Damai akan mengadakan program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.Program ini dinamakan Jiwa Merdeka di mana ia merangkumi Program Bulan Kemerdekaan, Kemanusiaan, Karnival PSS dan Minggu Bahasa. Gabungan beberapa program ini adalah untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di sekolah ini. Pelajar digalakkan menggunakan PSS sebaik mungkin untuk menanam sikap suka membaca. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh ini diharapkan dapat dimanafaatkan oleh pelajar untuk memupuk dan menerapkan semangat cintakan negara disamping dapat memperkasakan bahasa dan budaya.Matlamat :
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan kesyukuran dalam diri setiap pelajar sebagai warganegara Malaysia yang hidup dalam suasana aman harmoni dapat menghayati erti kemerdekaan sebenar.Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar berhubung dengan sejaah kemerdekaan Negara2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat
3. Mempupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
4. Menjadikan Pusat Sumber sebagai tempat rujukan ilmu yang utama dan memperbanyakkan aktiviti di PSS
5. Melahirkan pelajar celik bahasa
Rasional :
Program ini diadakan bertujuan bagi melahirkan generasi yang menghargai dan menghayati erti kemerdekaan serta jadikan membaca sebagai amalan.Sasaran :
Semua warga SMK Seri Damai
Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program ini antaranya:
1. Kenali budaya 1 Malaysia
2. Pertandingan kad merdeka
3. Buku skrap
4. kuiz terbuka
5. dan banyak lagi...............................
Sila berjumpa dengan penyelaras aktiviti untuk maklumat lanjut:
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : En Yu Kong Hwo
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Pn Jarina bt Mahboob
Penyelaras Aktiviti Minggu Bahasa : Pn Fatimah Suhaida bt Abd Rahman
Penyelaras Pendidikan Khas : Pn Che Zaini bt Yusuf
Sila berjumpa dengan penyelaras aktiviti untuk maklumat lanjut:
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : En Yu Kong Hwo
Penyelaras Aktiviti Bulan Kemerdekaan : Pn Jarina bt Mahboob
Penyelaras Aktiviti Minggu Bahasa : Pn Fatimah Suhaida bt Abd Rahman
Penyelaras Pendidikan Khas : Pn Che Zaini bt Yusuf
PSS juga tidak ketinggalan membuat pelbagai pertandingan sempena Karnival ini seperti:
1. Pengunjung bertuah
2. Peminjam bertuah
3. Pembaca terbanyak
4. Kuiz bertema
6. Kuiz tokoh kemerdekaan
Hadiah menarik menanti anda!
Maklumat lanjut hubungi guru PSS Pn. Rusiani
Gambar
Maklumat lanjut hubungi guru PSS Pn. Rusiani
Gambar
Ucapan daripada ketua bidang Pn Faridah bt Mohd Nor sempena Majlis Pelancaran |
Program Jiwa Merdeka |
Ucapan Perasmian daripada GPK 1 Pn Fariza bt Jamahir |
Gimik di majlis pelancaran (Terima kasih En Mohammad Naharuddin di atas idea dan usaha untuk menghasilkan gimik yg menarik) |
Bangunan sekolah dihias dengan bendera sempena program ini. |
Saturday, 23 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)